Saya rumuskan Raya tahun ini sebagai sambutan dalam suasana yang…

By Monday May 25th, 2020 No Comments

Saya rumuskan Raya tahun ini sebagai sambutan dalam suasana yang muram.

Kerana PKP dan Covid-19, ekonomi kita terjejas teruk.

Walaupun kini PKP telah dilonggarkan dan syarikat-syarikat boleh kembali beroperasi, namun terus terang saya kata, keadaan pada masa ini dan dalam jangka masa yang panjang nanti tidak begitu baik.

Things are not the same anymore and not looking good.

Banyak perniagaan yang kerugian besar, ada yang terpaksa ditutup dan berhenti operasi selamanya.

Bagi peniaga kecil, usahawan dan yang bekerja sendiri juga sudah beberapa bulan tidak ada pendapatan.

Ramai yang kehilangan kerja dan tidak ada lagi punca pendapatan.

Boleh bayangkan macam mana mereka nak menyambut Raya tahun ini?

Amat menyedihkan apabila kita fikir akan keadaan mereka semua.

Dengan bil-bil yang perlu dibayar, dengan keperluan untuk sara hidup diri dan keluarga, lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecik.

Saya tahu mereka bimbang akan masa depan mereka dan keluarga.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157062181850952/

Leave a Reply