Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya rasa profesor ini buang masa sahaja sebab bulan lepas saya telah... - Najib Razak

Saya rasa profesor ini buang masa sahaja sebab bulan lepas saya telah…

By Friday January 22nd, 2021 No Comments

Saya rasa profesor ini buang masa sahaja sebab bulan lepas saya telah berkali-kali saran tempoh kuarantin wajib dinaikkan semula ke 14 hari apabila mutasi virus UK yang berjangkit dengan kadar 70% lebih pantas mula merebak.

Tapi kerajaan lebih gemar turunkan tempoh kuarantin dari 14 hari ke 7 hingga 10 hari pada ketika beberapa negara-negara lain dalam dunia naikkan lagi tempoh kuarantin dari 14 hari ke 21 hari.
————-
Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, profesor epidemiologi dan biostatistik di Universiti Malaya berkata, varian Covid-19 seperti B.1.1.7 dari UK, 501Y.V2 dari Afrika Selatan dan P.1 dari Brazil masih dalam kajian oleh pakar.

Oleh sebab kekurangan data sedia ada berhubung mutasi ini, termasuk berapa lama ia boleh terus menular, beliau berkata, adalah lebih baik bagi pelancong antarabangsa dikuarantin selama 14 hari, bukannya 10 hari.

“Kita tidak benar-benar tahu berapa lama tempoh penularan varian baru ini, jadi lebih baik kita berhati-hati.

Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud.
“Kita tidak boleh menambah varian baharu tersebut kepada masalah yang sudah kita hadapi di Malaysia.

Awang Bulgiba memberi amaran: “jika tempoh penularannya lebih lama, maka jangkitan komuniti boleh berlaku jika kita membenarkan orang keluar daripada kuarantin terlalu cepat.”

Dengan sektor kesihatan awam yang sudah terbeban dengan jumlah kes yang perlu ditangani, beliau berkata varian yang lebih menular akan menyebabkan peningkatan kes harian.

“Sekalipun nisbahkes teruk tetap sama, peningkatan (jumlah) jangkitan baharu secara keseluruhan akan menambah beban sistem kesihatan awam kita yang sudah tertekan.

“Ketegangan sudah dapat dilihat dan saya tidak tahu berapa lama lagi kita boleh bertahan dengan angka sebegini, katanya.

Awang Bulgiba, yang juga setiausaha agung Akademi Sains Malaysia, menambah, satu isu di sini adalah kekurangan penjujukan genom dan analisis yang berkaitan.

Dengan kurangnya data mengenai tempoh mutasi menular, profesor epidemiologi Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata, lebih baik berhati-hati.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157636662030952/

Leave a Reply