Saya pernah berulang-kali bangkitkan isu penjualan 76.2% daripada jumlah…

By Wednesday July 22nd, 2020 No Comments

Saya pernah berulang-kali bangkitkan isu penjualan 76.2% daripada jumlah keluasan ladang milik Tabung Haji pada masa harga minyak sawit rendah.

Saya pernah kata bahawa menjual ladang sawit milik Tabung Haji secara lambak pada ketika harga minyak sawit rendah adalah satu tindakan khianat pada pendeposit Tabung Haji kerana harga ladang sawit telah diturunkan nilai sehingga 70%.

Berkali-kali saya tuntut jawapan dari Kekanda tetapi dia tak pernah berani jawab (kerana media sosial bukan level dia).

Akhirnya terjawab juga pagi ini dalam Dewan Rakyat.

Apa yang saya bongkarkan dulu terbukti benar dan sahih.

Keputusan dan kelulusan untuk menjual telah dibuat oleh Kerajaan PH pada Ogos 2019.

Salah satu posting saya dulu berhubung isu ini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156633404585952



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157226832700952/

Leave a Reply