Saya perhatikan ramai yang kurang senang dengan berita hari ini bahawa semua…

By Friday May 14th, 2021 No Comments

Saya perhatikan ramai yang kurang senang dengan berita hari ini bahawa semua kapal yang tiba atau masuk ke kawasan pelabuhan Malaysia dari India tidak diwajibkan menjalani proses kuarantin 14 hari di laut.

Kebimbangan mereka bahawa varian dengan mutasi berkembar India berpotensi menular ke Malaysia melalui kapal dari India bukan tak berasas.

Pernah berlaku perkara ini.

Antara punca cetus gelombang kedua Covid-19 di Hong Kong pada bulan Ogos 2020 lalu ialah krew kapal asing.

Ianya juga pernah berlaku pada masa yang sama di Malaysia dengan kluster MV Glen di mana seorang agen perkapalan yang merupakan warga Malaysia telah dijangkiti oleh seorang krew kapal.

Kes agen perkapalan ini telah diklasifikasikan sebagai penularan tempatan.

Kluster MV Glen bukan kes pertama krew kapal didapati positif Covid di Malaysia.

Kluster Alam (8 krew positif Covid) dan kluster Bunga (3 krew) turut melibatkan kapal yang berlabuh di Malaysia tetapi MV Glen merupakan kes pertama di mana seorang krew kapal telah menjangkiti orang tempatan yang bukan krew.

Saya yakin bahawa SOP Covid kerajaan bagi sektor perkapalan telah ditambah baik sejak itu tetapi kawalan sempadan perairan negara ini dan pematuhan SOP semasa permindahan kargo perlu dipertingkatkan lagi supaya Rakyat lebih selesa.

Jika boleh, jangan benarkan individu darat dibenarkan berinteraksi dengan anak kapal di atas kapal atau memasuki ruangan kabin.

(Mengikut kenyataan Jabatan Laut Malaysia (JLM), ini masih dibenarkan ketika ini tetapi individu berkenaan perlu penambahan pemakaian pelindung muka dan apron pakaian perlindungan diri (PPE).)

Larangkan juga anak kapal dari mendarat ke tanah Malaysia bagi tempoh ini.

Boleh video call sahaja tanpa bersemuka secara fizikal.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157888535745952/

Leave a Reply