Saya perhatikan ramai ibubapa dan pelajar risau bahawa mereka kurang…

By Friday February 5th, 2021 No Comments

Saya perhatikan ramai ibubapa dan pelajar risau bahawa mereka kurang bersedia untuk mengambil peperiksaan SPM/SPMV pada 22 Februari setelah diberitahu hari ini (5 Februari) bahawa sekolah akan ditutup semula minggu depan bermula 9 Februari.

Bayangkan:

– Peperiksaan percubaan pada bulan Okt 2020.

– Sekolah tutup tahun lepas pada 17 Nov 2020.

– Sekolah dibuka semula pada 20 Jan 2021.

– Sekolah ditutup semula pada 9 Feb 2021 dan pelajar disuruh bersedia kendiri sebelum mengambil peperiksaan kurang dua minggu kemudian iaitu pada 22 Feb 2021.

Ini bermakna mereka cuma ada peluang menghadiri 14 hari sekolah dalam tempoh lebih 3 bulan yang lalu sebelum peperiksaan bermula.

Peperiksaan percubaan pula hampir 4 bulan lalu.

Jadi, adakah 15 hari sekolah dalam tempoh 3 bulan lalu merupakan persediaan yang cukup bagi mereka menghadapi SPM/SPMV?

Apakah logiknya KPM suruh budak-budak untuk hadir sekolah selama 14 hari lalu ditutup selama 14 hari sebelum peperiksaan?

Lembaga Peperiksaan Malaysia sepatutnya memikirkan penyelesaian kepada norma baharu ini pada ketika kes Covid-19 sedang tinggi di negara ini.

Misalnya SPM ditunda dua minggu dan mereka yang menghadapi SPM terus diberi pengajaran secara bersemuka untuk tempoh 2 minggu lagi selepas cuti Tahun Baru Cina untuk mententeramkan dan menambah keyakinan mereka?

Ataupun pengajaran dan bimbingan diberikan secara online sehingga peperiksaan bermula jika peperiksaan tidak dapat ditangguhkan lagi memandangkan cikgu-cikgu dan murid-murid sekolah sudah lama berehat dan cuti Tahun baru Cina kali ini pada masa rentas negeri dilarang tidak perlu begitu panjang?

Apapun, good luck student SPM dan SPMV. Jangan mudah patah semangat.

Perlu mula gigih berusaha dari sekarang.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157680131470952/

Leave a Reply