Saya perhatikan kerajaan sering kalah saman lucut hak mereka jika responden…

By Sunday June 21st, 2020 No Comments

Saya perhatikan kerajaan sering kalah saman lucut hak mereka jika responden membantah dan melawan dalam mahkamah.

Misalnya..

13 Disember 2019: Kerajaan kalah kepada UMNO Kedah dan Habib Jewels.

7 Februari 2020: Kerajaan kalah kepada UMNO Kedah dan Habib Jewels.

9 Jun 2020: Kerajaan kalah kepada Jakel Trading dan BN Johor Bharu

11 Jun 2020: Kerajaan kalah kepada Yayasan Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM)

Namun ada juga kes-kes di mana kerajaan menang saman lucut hak tetapi ianya terdiri daripada dua kategori:

Kategori 1: Responden merupakan agensi atau badan yang dikawal kerajaan PH sendiri seperti Yayasan Penyelidikan Transformasi, Yayasan GENIUS (Permata), Yayasan Tun Hussein Onn dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

(Ya, kerajaan PH dulu saman kerajaan PH di mana kerajaan PH tak bantah kerajaan PH nak lucut hak wang kerajaan PH supaya wang kerajaan PH dibayar kepada kerajaan PH dan kos guaman dua belah kerajaan PH serta kos mahkamah dibiayai oleh kerajaan PH)

ataupun

Kategori 2: Responden tidak melawan kes di mahkamah atau perjanjian penyelesaian dicapai – seperti kes Yayasan Rahah & UMNO Pekan (perjanjian penyelesaian dicapai kerana saya tidak mahu ada tambahan prosiding Mahkamah untuk saya hadir lagi) dan parti LDP (LDP setuju kerajaan lucut hak RM9k dan RM500k dikembalikan kepada parti),

Yayasan Rahah dan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Pekan Ibrahim Awang mencapai penyelesaian bagi saman pelucuthakan berkaitan 1MDB terhadap mereka.

“6 Sep 2019: Yayasan Rahah, Umno Pekan selesai saman lucut hak berkaitan 1MDB”
https://www.malaysiakini.com/news/509943

“Wang berjumlah RM9,560.96 disita SPRM daripada Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun baki wang berkenaan berjumlah RM500,000 yang turut disita SPRM, dikembalikan kepada parti i

“18 Oktober 2019: LDP dapat baki wang RM500,000”
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/619149/ldp-dapat-baki-wang-rm500000

Bagaimanapun kes kerajaan PH dahulu nak lucut hak wang dan barang-barang kemas saya masih belum sampai ke tahap perbicaraan walaupun dah lebih 2 tahun disita kerajaan PH.

Kesimpulannya ialah jika responden tak lawan, mahkamah akan benarkan kerajaan lucut hak.

Tetapi apabila responden lawan, peluang untuk kerajaan kalah adalah amat tinggi.

Adakah ini bukti bahawa kerajaan PH semasa Tommy Thomas adalah AG telah menyalah gunakan kuasa mereka untuk memfailkan saman yang tidak berasas dan sukar untuk menang hanya sekadar nak menyusahkan musuh politik mereka?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157141522255952/

Leave a Reply