Saya percaya ramai sudah tiada pilihan dan akan terpaksa ambil moratorium…

By Wednesday July 7th, 2021 No Comments

Saya percaya ramai sudah tiada pilihan dan akan terpaksa ambil moratorium bank walaupun sedar “bantuan” kerajaan PN ini sebenarnya akan lebih membeban dan merugikan mereka.

Tak apa. UMNO-BN akan kaji semula dan perbetulkan pada masa depan untuk memulang keadilan kepada peminjam.

Sebab keuntungan bank telah mencanak naik setiap tahun semasa ekonomi baik bawah kerajaan BN masa dahulu.

Lagipun, kerajaan juga pernah membantu bank yang terancam pada zaman krisis ekonomi 1997-1998 dan 2008-2010.

Kini giliran mereka untuk membantu Rakyat tanpa mengambil kesempatan dalam kesempitan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157994184720952/

Leave a Reply