Saya percaya ahli keluarga bagi 2,680 mangsa Covid yang terkorban serta…

By Wednesday June 16th, 2021 No Comments

Saya percaya ahli keluarga bagi 2,680 mangsa Covid yang terkorban serta 214,222 orang yang dijangkit sejak 21 April 2021 ada hak untuk naik darah apabila membaca kenyataan PM8 yang puji langkah kerajaan melaksana Total Lockdown telah mengelak bencana sebab kes baharu Covid tidak capai unjuran 13,000 kes sehari.

Sebab sebuah kerajaan yang hargai nyawa Rakyat dan sayang negara akan membuat keputusan tepat yang berpandu pada data dan sains dan tidak akan mengetepikan amaran berikut amaran dari kementerian kerajaan sendiri.

Jadi, kenapa pula kerajaan PN tak buat total lockdown pada:
– 21 April apabila kes baru cecah unjuran 3,000 kes sehari KKM secara konsisten sehingga KKM terpaksa naikkan unjuran ke 5,000 kes?
– 2 Mei apabila KP KKM beri amaran bahawa katil ICU sudah kritikal
– 12 Mei apabila kes baru cecah unjuran 5,000 kes sehari dan KKM
terpaksa naikkan unjuran sekali lagi ke 9,000 kes.

3,000 kes sehari bukan bencana? 5,000 kes tak bencana? 9,000 kes sehari belum lagi bencana?

Akhirnya, kes baharu benar-benar cecah 9,000 kes dan KKM sekali lagi naikkan unjuran ke 13,000 kes sehari.

Barulah kerajaan terpaksa buat lockdown. Lalu claim kredit bahawa mereka telah elakkan bencana sebab tak sampai ramalan KKM untuk 13,000 kes sehari.

Negara Australia, Taiwan, New Zealand dan Singapura buat lockdown mengejut serta-merta untuk seketika sebaik sahaja mereka kesan belasan kes baharu.

Kita di sini pula, tunggu lebih sebulan sambil KKM berulang kali menaikkan unjuran dan berkali-kali memberi amaran sepanjang tempoh.

Baru lah kerajaan PN terpaksa buat setelah keadaan kritikal menjadi bencana dan bencana bertukar menjadi bencana besar.

Sakit menimpa, sesal kemudian pun tak guna sebab ribuan nyawa sudah terkorban secara sia-sia dan ekonomi Rakyat biasa terpaksa lumpuh hingga akhir tahun.

Tak kira awal atau lewat buat lockdown, kita tetap lockdown juga.

Namun jika dibuat awal secara ketat ketika masanya paling tepat, tempoh masa untuk pulih juga akan jauh lebih singkat seperti terbukti di negara-negara lain.

Adakah kerajaan PN pernah terfikir berapa ramai nyawa manusia dapat diselamatkan, berapa ratus bilion Ringgit impak ekonomi tidak terbuang dan berapa banyak penderitaan serta kemusnahan dapat dielakkan sekiranya kerajaan membuat keputusan yang tepat dan tidak lembab?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157954875870952/

Leave a Reply