Saya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan permintaan…

By Tuesday January 12th, 2021 No Comments

Saya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan permintaan kerajaan bagi pengisytiharan darurat.

Tapi kebimbangan saya ialah persepsi dan mesej yang dihantar kepada pelabur.

Laporan beberapa media asing terkenal memberi gambaran bahawa pengisytiharan darurat Malaysia adalah bermotifkan politik dan bukan untuk melawan Covid.

Ini ialah sebab Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang gantungkan parlimen selama 6 bulan untuk melawan Covid.

Lain-lain negara yang umum darurat kesihatan tidak gantung parlimen.

Naratif geng PH bahawa kerajaan PN sengaja membiarkan situasi Covid menjadi teruk supaya darurat boleh dilaksanakan juga dilaporkan media asing.

“Opposition politicians criticized the move, blaming Muhyiddin for failing to contain a surge of Covid-19 cases in recent months and then using the pandemic as an excuse to stay in power.”

“Malaysia Emergency Suspends Parliament for First Time Since 1969”
https://www.bloomberg.com/news/articles/2021-01-12/malaysia-declares-state-of-emergency-as-pandemic-worsens

Sudah tentu persepsi negatif bagi pelabur terhadap Malaysia akan terbina dan ini terbukti dari kejatuhan nilai Ringgit dan bursa saham selepas darurat diumumkan hari ini.

Pelaburan asing di Malaysia sudah menjunam teruk sejak PRU14.

Jika pelaburan baru yang signifikan tidak masuk lagi, pemulihan ekonomi negara dan penjanaan peluang pekerjaan baru akan terjejas.

Sebab itu, kerajaan PN perlu lebih berusaha untuk memperbetulkan persepsi komuniti pelaburan dalam dan luar negara untuk halang lagi ramai pelabur lari ke negara-negara jiran serantau.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157615713620952/

Leave a Reply