Saya mengambil peluang untuk mengisi masa lapang pada hari Ahad ini dengan…

By Sunday March 31st, 2013 No Comments

Saya mengambil peluang untuk mengisi masa lapang pada hari Ahad ini dengan menikmati makan tengahari bersama keluarga saya di Little Penang Café, The Curve sebentar tadi. Keluarga adalah segala-galanya bagi saya dan sebab itulah saya cuba meluangkan masa untuk bersama mereka.

Kami sekeluarga seronok kerana berpeluang menikmati makanan tempatan yang digemari oleh setiap daripada kita sebagai rakyat Malaysia. Saya memilih untuk menikmati Assam Laksa sebentar tadi dan ia sangat menyelerakan. Kita cukup dikenali di seluruh dunia dengan pelbagai makanan tempatan yang menyelerakan.

Dalam kesempatan itu, saya melihat ramai daripada anda rakyat Malaysia juga turut mengambil peluang cuti hujung minggu untuk bersama keluarga. Syukur Alhamdulillah kerana negara kita kekal aman dan ini membolehkan kita bebas untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10151329808505952/?type=3

Leave a Reply