Saya menerima laporan terkini bahawa cuaca panas di Malaysia semakin…

By Monday March 28th, 2016 No Comments

Saya menerima laporan terkini bahawa cuaca panas di Malaysia semakin membimbangkan dengan suhu menghampiri 40 darjah Celcius. Kementerian Kesihatan Malaysia turut melaporkan 99 kes berkaitan cuaca panas melampau termasuk masalah kelesuan haba dan kekejangan haba.

Saya menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga termasuk minum air secukupnya dan mengehadkan aktiviti luar.

Bagi golongan kurang bernasib baik seperti gelandangan dan warga tua, Jabatan Kebajikan Masyarakat haruslah memantau mereka. Bantu mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan jika diperlukan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153412024620952/

Leave a Reply