Saya memulakan lawatan saya ke Kedah semalam dengan bersarapan pagi bersama…

By Thursday May 2nd, 2013 No Comments

Saya memulakan lawatan saya ke Kedah semalam dengan bersarapan pagi bersama masyarakat di Medan Selera Kubang Pasu semalam. Selepas itu, saya ke Program Bersama Rakyat di Padang Awam Kupang yang terletak dalam dalam kawasan Parlimen Baling. Di situ, saya menyeru rakyat Kedah supaya kembali memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negeri itu. Sekiranya di beri mandat, kami di BN akan sentiasa berusaha untuk membawa pelbagai kemajuan ke negeri Kedah selain mebarik kehadiran lebih ramai pelabur yang sekali gus akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Untuk itu, berilah peluang kepada kami di BN agar kita dapat sama-sama pastikan Kedah menjadi sebuah negeri yang lebih maju, aman dan makmur berbanding sebelum ini.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10151373297675952/?type=3

Leave a Reply