Saya membaca banyak komen yang mengadu kenapa perlu buat PKP 3.0 masa Raya…

By Friday May 7th, 2021 No Comments

Saya membaca banyak komen yang mengadu kenapa perlu buat PKP 3.0 masa Raya dan bukan sebelumnya.

Sebenarnya, kerajaan sudah diberi amaran sejak 2 bulan dan 1 bulan dahulu sebelum Raya dari pelbagai pihak bahawa kes Covid masih tinggi, kadar kebolehjangkitan (R0) telah naik dengan konsisten dan kita sedang menghadapi gelombang keempat.

Itu adalah masa paling sesuai untuk buat PKP 3.0.

Bukan tunggu sehingga Raya baru buat.

Tapi masa itu, kerajaan baru umum PKP 2.0 tamat pada 4 Mac walaupun jumlah kes baru Covid masa itu adalah lebih tinggi berbanding masa kita mulakan PKP 2.0.

Satu perkara yang langsung tak masuk akal dan pertama kali berlaku dalam dunia di mana sebuah negara keluar lockdown dengan kes baru lebih tinggi berbanding kita masuk lockdown.

Tapi, takkan kerajaan nak umum PKP 3.0 hanya sebulan selepas PKP 2.0 tamat? Ramai akan marah masa itu.

Sebab itu, kerajaan umum PKP 3.0 hanya dua bulan selepas PKP 2.0 tamat walaupun masa ini kita Raya.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157873079030952/

Leave a Reply