Saya memandang serius berita bahawa Kejohanan Skuasy Wanita Dunia yang…

By Wednesday December 2nd, 2015 No Comments

Saya memandang serius berita bahawa Kejohanan Skuasy Wanita Dunia yang dijadualkan pada bulan ini di Kuala Lumpur mungkin tidak akan diteruskan atas sebab risiko keselamatan.

KBSMalaysia dan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ), sila berhubung dengan pihak penganjur dan pihak Professional Squash Association untuk memahami keadaan sebenar dan mengatasinya.

Baru-baru ini, kita menjadi tuan rumah kepada delegasi-delegasi asing termasuklah pemimpin-pemimpin dunia bagi persidangan dan mesyuarat yang telah pun berjalan dengan lancar.

Malaysia juga menjadi tuan rumah untuk pelbagai persembahan, persidangan, pertandingan sukan dan acara-acara lain pada setiap tahun, Alhamdulillah tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Keselamatan rakyat dan tetamu-tetamu kita dari luar negara serta kestabilan dan keamanan dalam negara sentiasa menjadi keutamaan kita di Malaysia.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153177286845952/

Leave a Reply