Saya melawat semula GIATMARA Pekan petang tadi, gembira melihat sekarang ini…

By Saturday December 17th, 2016 No Comments

Saya melawat semula GIATMARA Pekan petang tadi, gembira melihat sekarang ini ada perubahan, lebih maju dan luas selepas dinaik taraf dengan bangunan baharu.

Alhamdulillah, sejak penubuhannya, GIATMARA Pekan berjaya lahirkan lebih 1600 graduan pelbagai bidang, ada daripadanya kini dah berjaya dengan perniagaan sendiri.

Insya-Allah, saya akan pastikan GIATMARA di sini dilengkapkan dengan peralatan terbaik dengan teknologi canggih terkini.

Syabas, dan terima kasih tenaga pengajar serta warga kerja GIATMARA yang terus sumbang bakti perkasa generasi muda negara.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10154022342840952/

Leave a Reply