Saya kagum membaca kisah kejayaan Puan Zabidah Abdul Hamid yang gigih…

By Wednesday November 27th, 2013 No Comments

Saya kagum membaca kisah kejayaan Puan Zabidah Abdul Hamid yang gigih mengusahakan perniagaan kek serta kuih muih beliau. Ibu tunggal dengan lima orang anak ini memulakan perniagaan kecil beliau demi menanggung kehidupan keluarga. Bermula dengan pendapatan bulanan sekadar RM300, perniagaan beliau kini mampu menjana RM3,000 sebulan, setelah mengembangkan rangkaian perniagaan di sekitar Lembah Kelang dan Selangor. Kombinasi usaha gigih dan semangat positif terbukti membawa banyak manfaat kepada beliau.

Walaupun kejayaan ini adalah hasil semangat dan usaha sendiri, Puan Zabidah mengakui bahawa program 1Azam juga banyak membantu. Dengan menyertai 1Azam, Puan Zabidah telah diberikan latihan serta tunjuk ajar dari segi pengeluaran dan pemasaran; selain digalakkan untuk berdikari dan menggunakan sepenuhnya peluang yang ada. Program 1Azam telah menyediakan sebuah platform yang komprehensif untuk Puan Zabidah, dan dengan usaha dan kegigihan, tiada apa yang mustahil dicapai.

Saya berharap lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan meraih manfaat dari program-program pembangunan yang disediakan. Program seperti 1Azam hanya menyediakan platform, namun terpulanglah kepada kita sendiri untuk mempergunakan sepenuhnya peluang yang ditawarkan. Sama-samalah kita bekerja keras untuk memperbaiki taraf hidup sendiri dan keluarga, di samping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, insya-Allah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151746524060952/

Leave a Reply