Saya jelaskan sikit lagi perbezaan supaya “dia” mampu kurang konpius. SPRM…

By Friday May 15th, 2020 No Comments

Saya jelaskan sikit lagi perbezaan supaya “dia” mampu kurang konpius.

SPRM keluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka terkejut AGC diketuai Tommy Thomas lantikan PH gugurkan kes rasuah Guan Eng yang perbicaraan kes sudahpun berjalan sebulan.

“Dia” kata kita perlu hormat keputusan mahkamah.

SPRM keluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tegas ianya AGC diketuai Tommy Thomas lantikan PH yang bersetuju untuk membebaskan dan menyelesaikan kes Riza Aziz yang perbicaraan kes masih belum bermula sehari pun.

“Dia” kata dia konpius.

Riza dituduh caj pengubahan wang haram (AMLA). Dia tak didakwa pecah amanah atau salahguna kuasa atau rompak.

Caj ini tak beza dengan caj AMLA ke atas Jakel Trading atau Naza atau Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Jakel, Nza dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia pun rompak ke?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157038834950952/

Leave a Reply