Saya jawab penyokong PM4 ini. EON Bank bukan baru ditubuhkan untuk…

By Thursday July 9th, 2020 No Comments

Saya jawab penyokong PM4 ini.

EON Bank bukan baru ditubuhkan untuk menawarkan pinjaman kereta kepada orang Melayu.

Syarikat EON (bukan EON Bank) ditubuhkan pada tahun 1984 khususnya untuk menjadi pengedar eksklusif kereta Proton.

Antara pemilik saham terbesar ialah warga Singapura Rin Kei Mei yang merupakan kawan baik PM4.

EON kaut untung yang amat besar setiap tahun kerana Proton menjual kereta kepada EON dengan kos rendah dan memaksa pembeli Proton mengambil pakej aksesori mahal giler.

Proton juga memaksa pembeli untuk hanya mendapat pinjaman dari panel peminjam mereka dengan kadar faedah lebih tinggi di mana Proton mendapat rebat 1% kadar faedah sepanjang tempoh pinjaman pembeli.

Tujuh tahun selepas ditubuhkan, EON sudah cukup kaya untuk membeli Kong Ming Bank pada tahun 1990 dan dijenamakan semula menjadi EON Bank supaya mereka boleh kaut untung yang lagi banyak dengan menawarkan pinjaman terus kepada pembeli kereta Proton.

Akhirnya EON Bank (bukan EON berhad) dijual kepada Hong Leong Bank pada tahun 2011 dengan harga RM5.1 bilion oleh warga Singapura kawan PM4 itu.

“Hong Leong Bank obtained approval to enter into talks with EON Capital’s two major shareholders — businessman Rin Kei Mei and Sarawak billionaire Tan Sri Tiong Hiew King.”
https://www.theborneopost.com/2010/02/04/eon-bank-can-stand-alone-without-merger-offer-ceo/

“Rin didn’t agree to HLB’s first offer, court told”
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2010/10/22/rin-didnt-agree-to-hlbs-first-offer-court-told



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157194077490952/

Leave a Reply