Saya ingin berkongsi pengisian daripada khutbah Jumaat sebentar tadi….

By Friday December 4th, 2015 No Comments

Saya ingin berkongsi pengisian daripada khutbah Jumaat sebentar tadi. Sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Sedunia semalam, khatib mengingatkan bahawa kita harus berganding bahu dalam membela nasib dan masa depan golongan istimewa ini.

Di Malaysia, dianggarkan terdapat 4.4 juta golongan kurang upaya tetapi hanya 506,228 orang yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Saya berharap agar masyarakat kita lebih prihatin dalam memastikan golongan istimewa ini didaftarkan dengan JKM agar mereka dapat menerima kemudahan dan keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153180251980952/

Leave a Reply