Saya hari ini telah menyampaikan watikah perlantikan kepada Datuk Mohamed…

By Friday May 22nd, 2015 No Comments

Saya hari ini telah menyampaikan watikah perlantikan kepada Datuk Mohamed Mantek sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru.

Sebagai anak Sabah yang pertama menyandang jawatan KSU di peringkat Persekutuan, saya berharap perlantikan ini akan mendorong rakyat Sabah untuk menceburi perkhidmatan awam Persekutuan.

Saya pasti ramai anak Sabah yang berkaliber dan bersemangat untuk berkhidmat demi memartabatkan agenda pembangunan Negara.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada KSU KPKT sekarang, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak yang telah mencurah bakti untuk melihat kelangsungan agenda perumahan negara serta kesejahteraan penduduk bandar.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952/10152768815605952/?type=3

Leave a Reply