Saya faham ibubapa teruja dengan permulaan sekolah terutama anak yang masuk…

By Wednesday March 3rd, 2021 No Comments

Saya faham ibubapa teruja dengan permulaan sekolah terutama anak yang masuk darjah satu dan tadika.

Yelah, gembira ada, risau pun ada dalam keadaan penyakit Covid-19 ni.

Saya mintaklah ibubapa agar kita semua, sambil menghantar anak anak tu, latih diri untuk penjarakan fizikal dan pastikan anak anak memakai mask dengan betul.

Biarlah kita jadi contoh kepada anak anak kita.

Ada juga sekolah yang buat aturan yang baik dan teratur tetapi saya pelik kenapa Kementerian Pendidikan tak bersedia dengan SOP menyeluruh bagi ibubapa yang hantar dan ambik anak anak darjah satu dan tadika ni.

Ada sekolah gunakan konsep anak diturunkan dari kereta ikut giliran. Itu bagus tapi akan sebabkan kesesakan pulak di kawasan sempit.

Ada yang kata, berebut sebab nak ambik anak, kalau lambat pintu pagar tutup. Cubalah berikan lanjutan masa agar semua tak berebut. Mungkin ada ibubapa yang terlewat sikit kerana kerja atau kesesakan.

Manakala untuk keluar, buatkan senarai ikut kelas dan petugas pegang manila card darjah berapa. Ibu bapa hanya boleh hampiri pagar apabila kelas anak mereka ditunjukkan pada signage. Konsep sama macam nak naik flight.

Kalau dibiarkan semua keluar serentak, sudah tentu berkerumun depan pagar.

PIBG boleh bantu buat konsep ini.

Jika ada ibubapa terlewat, jumlahnya sedikit, ketepikan mereka dan lantik seorang guru untuk tunggu ibubapa. Tetapi ibubapa jangan pulak ambil kesempatan. Kita perlu bantu sesama sendiri.

Apapun, kita jagalah kita sendiri. Kita mulakan segera, ibubapa buat penjarakan fizikal sebagai contoh kepada anak anak. Kita pun hantar anak anak ke sekolah untuk belajar benda yang baik baik.

Kalau kita nak harapkan guru guru, mereka pun tak cukup tangan. Saya faham ibubapa nak pastikan anak anak masuk sekolah dan tak tertinggal nama, tapi buatlah penjarakan fizikal ya. Begitu juga ketika pulang.

Moga guru-guru, ibubapa dan anak anak kita semua sentiasa dilindungi dari wabak ini.

Lindungi ibubapa, lindungi anak kesayangan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157737809385952/

Leave a Reply