Saya diberitahu kerajaan masih teruskan rundingan untuk menjual Silterra…

By Wednesday January 6th, 2021 No Comments

Saya diberitahu kerajaan masih teruskan rundingan untuk menjual Silterra kepada pemilik asing.

Malah, dipercayai bahawa Khazanah sudah meminta kelulusan MITI supaya syarat pemilikan tempatan dan bumiputera Silterra ditukar untuk membuka jalan penjualan kepada syarkat asing.

“Has Khazanah applied to amend SilTerra’s local shareholding requirement?”
https://www.theedgemarkets.com/article/has-khazanah-applied-amend-silterras-local-shareholding-requirement

Memandangkan kerajaan BN dahulu sudah memulihkan keuntungan operasi Silterra untuk tahun-tahun sebelum PRU14, saya harap penjualan Silterra tidak diteruskan demi kepentingan nasional dalam industri semikonduktor yang sangat kritikal ini.

Berikut adalah posting saya pada awal bulan November 2020:

“Sumber industri berkata, penjualan SilTerra kepada syarikat luar negara akan membangkitkan beberapa persoalan, antaranya berhubung masa depan pembangunan industri semikonduktor berteknologi tinggi di negara ini.

“Penjualan SilTerra kepada syarikat asing bermakna Malaysia secara efektif akan keluar daripada industri semikonduktor, ketika negara lain bersaing sesama sendiri untuk memasukinya memandangkan dunia menjadi semakin bergantung kepada pendigitalan, di samping kemunculan Internet untuk Semua Benda (IoT).

“Walaupun SilTerra ketika ini belum menyumbang kepada pembangunan mana-mana ekosistem di Malaysia di sebalik penggunaan cip pintar dalam kehidupan kita sehari-hari, penjualannya kepada syarikat asing akan ‘membunuh’ peluang untuk negara ini membangunkan ekosistem berteknologi tinggi,”

Kerajaan PN sudah memulakan proses penjualan SilTerra.

SilTerra dimulakan zaman PM4 dan syarikat semikonduktor ini adalah 100% milik Khazanah Nasional.

Silterra pernah menjadi modal politik besar untuk DAP pada tahun 2008 sebelum saya menjadi PM.
https://dapmalaysia.org/english/2008/nov08/bul/bul3588.htm

Masa itu, DAP kata Silterra rugi RM1 bilion pada tahun 2007, rugi RM646 juta pada tahun 2006 dan RM864 juta pada tahun 2005.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1995 masa PM ke-4, Silterra sering rugi besar setiap tahun.

Jumlah kerugian yang dicatat untuk tempoh 16 tahun pertama Silterra sehingga tahun 2011 mencecah RM10 bilion – kesemuanya ditanggung kerajaan.

Tetapi ianya boleh dipulihkan tanpa dijual kepada orang asing.

Dalam tempoh 5 tahun pertama saya jadi PM, kerugian tahunan Silterra dapat dikurangkan tetapi ianya masih rugi.

Untuk tahun 2009 ke 2013, jumlah kerugian Silterra terkumpul adalah RM342 juta.

Pada tahun 2014, sebuah syarikat China berminat untuk membeli Silterra.

Akhirnya, saya sebagai pengerusi Khazanah menghentikan keputusan untuk menjualnya.

Paling ironi ialah masa itu, PM ke-4 juga sokong keputusan untuk tidak menjual walaupun Silterra merupakan syarikat yang terus mengalami kerugian.

“Business Times has learnt that Khazanah Nasional Bhd has aborted the plan to sell the majority stake in its 98 per cent-owned company after it was directed by the government to not divest the wafer foundry.”

“Sources said prior to the November meeting, Khazanah officials had met with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is Khazanah board chairman.”

“Among the reasons cited for calling off the sale is the fact that SilTerra’s operations are vital to the Malaysian economy, notably its semiconductor.”
https://www.nst.com.my/news/2015/09/%E2%80%98silterra-stake-sale-plan-off%E2%80%99

Keputusan tahun itu akhirnya terbukti betul apabila SilTerra mencatat keuntungan terkumpul sebanyak RM699.5 juta bagi tempoh 2014 hingga akhir tahun 2017 sebelum PRU14.

Keuntungan SilTerra sejak beberapa tahun lalu juga disahkan PM7 dalam parlimen tahun lepas apabila dia menjawab kenapa SilTerra terlibat dalam projek kereta nasional ketiga.
https://www.theedgemarkets.com/article/dr-m-says-private-entities-silterra-will-fund-third-national-car-project

Namun, media melaporkan bahawa kerajaan PN dalam peringkat terakhir untuk menjual SilTerra dan beberapa tawaran telah diterima dari beberapa pembeli.

Pembida utama yang juga merupakan pembida pilihan kerajaan PN merupakan syarikat Foxconn dari Taiwan dengan harga RM515 juta.

Pembida kedua merupakan syarikat X-FAB dari Jerman.

Pembida ketiga ialah syarikat JV melibatkan syarikat swasta tempatan GPacket dengan 55 peratus kepentingan dimiliki oleh syarikat itu, manakala 45 peratus lagi dimiliki oleh rakan konsortiumnya, Dongfang Huijia Zhuhai Asset Management Co Ltd yang mengemukakan bidaan tunai RM235 juta.

Pembida terakhir ialah syarikat JV antara syarikat swasta tempatan DNeX dan rakan strategiknya, Beijing CGP Investment Co Ltd (CGP) dengan bayaran tunai RM136 juta serta menyerap hutang RM210 juta.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/09/732229/silterra-perlu-kekal-jadi-syarikat-milik-malaysia

Susah payah kerajaan BN dahulu masa saya PM memulihkan syarikat Silterra dari kerugian memanjang kepada keuntungan tetapi tiba-tiba akan dijual pulak kepada syarikat asing.

Kerajaan perlu menjelaskan apakah rasional untuk menjualnya sedangkan syarikat ini mencatat keuntungan dan ianya strategik untuk industri elektronik negara.

Ataupun ianya telah kembali mencatat kerugian besar sejak zaman PH?

Paling pelik ialah PM4/7 dan anaknya sedang membisu sekarang walaupun mereka berdua antara yang membantah dan meminta saya tidak menjual Silterra pada tahun 2014.

===
Selepas ini, penyokong PH tentu akan memetik satu artikel dari tahun 2016 di mana saya dipetik sebagai berkata kerajaan terbuka untuk menerima cadangan dari pelabur asing untuk membeli sebahagian dari Silterra.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/09/29/najib-says-govt-open-to-selling-silterra-stake-to-foreign-investors/

Tetapi mereka tidak akan memetik syarat yang saya bagi masa itu, iaitu “harga yang ditawar perlu diterima oleh kerajaan dan operasi Silterra yang berterusan mesti tetap memberi manfaat kepada Malaysia.”

Hakikatnya, Silterra tidak dijual masa saya PM.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157602672605952/

Leave a Reply