Saya diberi maklumat bahawa jumlah saringan Covid setiap hari dibuat KKM…

By Tuesday February 16th, 2021 No Comments

Saya diberi maklumat bahawa jumlah saringan Covid setiap hari dibuat KKM telah jatuh sejak minggu lepas.

Akibatnya jumlah kes positif Covid yang dilapor turut jatuh.

Tapi kadar positif (iaitu jumlah kes positif berbanding jumlah saringan) atau “positivity rate” tetap tinggi dan melebihi kadar 5%.

Bulan lepas, KKM pernah memberitahu bahawa kadar positif yang melebihi 5% iaitu paras minima disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan virus tersebut semakin merebak dalam masyarakat.

“11 Jan 2021 Trend kadar positif ujian COVID-19 negara cecah 8% atasi kadar disaran WHO”
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/24936-trend-kadar-positif-ujian-covid-19-negara-cecah-8-atasi-kadar-disaran-who

Kumpulan perubatan Pusat Galen juga memberi pendapat yang sama bahawa penurunan kes positif adalah akibat penurunan jumlah saringan.

“13 Feb: Jangan tertipu dengan penurunan kes Covid-19, kata kumpulan perubatan”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/13/jangan-tertipu-dengan-penurunan-kes-covid-19-kata-kumpulan-perubatan/

Adakah penurunan yang ketara bagi jumlah saringan setiap hari akibat langkah KKM yang diumum bulan lepas bahawa KKM tidak lagi akan saring semua kontak rapat kes positif?

Sebaliknya, hanya kontak rapat yang menunjukkan gejala akan disaring.

Sedia maklum bahawa sekitar 80% mereka yang positif Covid tidak menunjukkan sebarang gejala.

Rakyat Malaysia menyambut baik penurunan jumlah kes baru Covid yang diumum setiap hari tapi Rakyat juga ada hak untuk tahu bahawa penurunan ini adalah akibat jumlah saringan yang banyak dikurangkan.

Ramai masih tertanya-tanya kenapa jumlah kes positif turun begitu ketara tetapi jumlah kluster baru dikesan setiap hari tetap tinggi.

Sebab ini soal kesihatan awam, kita harap KKM juga akan memberi data bagi jumlah saringan dibuat serta kadar positif terkini apabila mengumumkan jumlah kes positif setiap hari.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157705604050952/

Leave a Reply