Saya cerita sedikit. Dari saya mula jadi MP Pekan pada tahun 1976, hingga…

By Friday June 26th, 2020 No Comments

Saya cerita sedikit.

Dari saya mula jadi MP Pekan pada tahun 1976, hingga hari ini.

Jadi PM ke tak jadi PM.

Saya selalu beritahu pegawai saya. Setiap kali susun jadual saya, kosongkan beberapa jam.

Walaupun masa terhad dan selalu ada orang nak jumpa saya, saya tetap tegaskan.

Kosongkan beberapa jam.

Saya nak luangkan masa dengan orang-orang di kampung.

Di Pahang, di Kedah, di Sabah, di Sarawak.

Sama.

Sebab apa?

Rakyat ni kroni saya.

Jika mereka ada keperluan, mereka boleh cakap terus dengan saya.

Jika mereka ada isu, mereka boleh luahkan kepada saya.

Nak tahu masalah dan pendapat rakyat, bukan hanya duduk baca laporan.

Kena pergi terus ke akar umbi dan sumber.

Di mana saya mampu, saya bantu.

Masa saya PM, beratus juta kita salurkan kepada ekonomi dan infrastruktur tempatan.

Nelayan, petani, pesawah, pekebun kecil, geran tanam semula, subsidi, perumahan dan pembinaan semula perkampungan, lampu jalan kampung.

Semua saya beri dan bantu.

Kini saya bukan PM.

Masa PH saya perlu minta permit untuk jumpa orang kampung. Sekarang ok sikit.

Apapun keadaannya ia tidak menghalang saya untuk berjumpa dengan orang kampung.

Saya masih cuba salurkan bantuan ikut kemampuan yang saya ada hari ini.

Yang penting bagi saya, kesejahteraan dan keperluan rakyat dipenuhi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157155492575952/

Leave a Reply