Saya bersyukur kerana berkesempatan menerima vaksin pada 2 bulan yang…

By Friday June 25th, 2021 No Comments

Saya bersyukur kerana berkesempatan menerima vaksin pada 2 bulan yang lepas.

Saya tahu ada yang sebarkan macam-macam berita di WhatsApp selepas saya menerima vaksin.

Kononnya saya ada masalah kesihatan akibat vaksin, ada yang kata saya di ICU kerana side-effects vaksin.

Tidak benar.

Badan saya juga tidak ada apa-apa mikrocip dan saya tidak menjelma jadi Wolverine atau mana-mana mutant.

Alhamdulillah saya sihat dan menjalankan aktiviti harian seperti biasa selepas divaksin.

Bekerja boleh, update Facebook boleh, bersenam boleh.

Guys, vaksin ini penting untuk melindungi diri.

Ada yang menyoal kenapa perlu divaksin memandangkan ada kemungkinan akan dijangkiti Covid-19 juga.

Benar. Tetapi kebarangkalian jangkitan amat rendah bagi mereka yang telah menerima vaksin.

Jika dijangkiti pun, vaksin yang ada dalam tubuh badan akan melindungi kita dari simptom atau kesan yang mengancam nyawa.

Vaksin Covid-19 ini dapat mengurangkan kebolehjangkitan dan ia adalah benteng utama sistem imun kita.

Lindungi bukan sahaja diri kita malah orang tercinta di sisi kita.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157973807115952/

Leave a Reply