Saya bersama-sama penghuni rumah Al-Fikrah Kajang membeli baju raya di Kedai…

By Tuesday June 28th, 2016 No Comments

Saya bersama-sama penghuni rumah Al-Fikrah Kajang membeli baju raya di Kedai Kain Rakyat BTHO pada petang tadi. Walaupun ada yang mengalami kesukaran akibat masalah kesihatan, tapi jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka. Ada juga dalam kalangan mereka yang sudah lama tidak berpeluang untuk merasai kemeriahan menyambut Syawal.

Pengalaman ini mengingatkan saya untuk terus menghargai orang tua kita sementara mereka masih ada. Semoga Aidilfitri kali ini membawa cahaya kegembiraan kepada warga Al-Fikrah. Insya-Allah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153597791300952/

Leave a Reply