Saya bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengiringi…

By Wednesday September 10th, 2014 No Comments

Saya bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengiringi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah menonton teater musikal Supermokh di Istana Budaya malam tadi. Ingatan saya masih jelas tentang kegerunan pasukan bolasepak gergasi Asia seperti Jepun dan Korea Selatan terhadap pasukan Harimau Malaya dengan kelibat Supermokh pada waktu itu. Ketika melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara beberapa bulan lalu, saya turut menamakan Akademi Bola Sepak Negara sebagai Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari sebagai tanda pengenangan jasa dan sumbangan beliau kepada bidang Bola Sepak Malaysia. Semoga roh Allahyarham Mokhtar Dahari dicucuri rahmat. Al-Fatihah.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10152270828635952/?type=3

Leave a Reply