Saya berasa sedih apabila mendengar tentang situasi kehidupan adik kurang…

By Tuesday June 24th, 2014 No Comments

Saya berasa sedih apabila mendengar tentang situasi kehidupan adik kurang upaya, Muhd Firdaus Dullah di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini. Perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi dan saya memandang serius terhadap isu-isu yang melibatkan kanak-kanak kurang upaya seperti beliau. Kerajaan, melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pihak polis, serta agensi-agensi lain akan memastikan kebajikan anak ini terpelihara. Saya juga berharap agar masyarakat di Malaysia bersikap lebih prihatin terhadap keperluan serta kebajikan golongan ini, dan elakkan diri dari menuding jari semata-mata. Saya juga berterima kasih kepada pelbagai pihak yang telah tampil ke hadapan untuk memberikan bantuan kepada adik Muhd Firdaus.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10152122334050952/

Leave a Reply