Saya berada di Hospital Umum Sarawak tadi bersama ahli keluarga mendiang…

By Saturday May 7th, 2016 No Comments

Saya berada di Hospital Umum Sarawak tadi bersama ahli keluarga mendiang Datuk Dr Sundaran Annamalai, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, selepas mendapat pengesahan pemergian beliau akibat nahas helikopter AS 350.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan sebelum ini dan telah banyak menyumbang kepada negara dan kerajaan.

Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada perkhidmatan awam. Takziah kepada keluarga beliau dan semoga tabah dalam menghadapi ujian ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153493944965952/

Leave a Reply