Saya baru membaca penyata PETRONAS untuk Suku 2 tahun 2020 di mana Petronas…

By Sunday September 6th, 2020 No Comments

Saya baru membaca penyata PETRONAS untuk Suku 2 tahun 2020 di mana Petronas mengumumkan kerugian pertama dalam sejarah iaitu sebanyak RM21 bilion akibat krisis Covid.

Saya bandingkan penyata akaun suku kedua 2020 dengan suku pertama 2018 masa BN sebelum PRU14.

Walaupun rizab wang tunai Petronas jatuh RM8 bilion sahaja dari RM164.7 bilion ke RM156.8 bilion, jumlah liabiliti dan hutang Petronas sudah naik RM51.3 bilion dari RM160.3 bilion ke RM211.6 bilion.

Jumlah rizab ekuiti terkumpul (net equity) Petronas milik penuh kerajaan juga telah jatuh RM39.2 bilion dari RM390.6 bilion ke RM351.4 bilion dalam masa 2 tahun sahaja.

Ini sebalik keuntungan Petronas sebanyak RM55.3 bilion pada tahun 2018, RM40.4 bilion pada tahun 2019 dan penjualan 478.43 juta saham-saham milik Petronas dalam Petronas Dagangan, MISC dan Petronas Gas dengan harga RM6 bilion pada akhir tahun 2019 bawah PH.

Sepatutnya rizab ekuiti Petronas naik RM94.7 bilion (RM55.3b + RM40.4b) tapi jatuh RM39.2 bilion pulak – iaitu perbezaan sebanyak RM133.9 bilion.

Jika Petronas rugi RM21 bilion akibat Covid masa PN, maknanya PH telah menjahanamkan RM111.9 bilion masa tiada krisis Covid. Cuma ada krisis gagalkrasi PH.

Bandingkan ini dengan tempoh saya jadi PM pada masa Petronas telah dijaga baik dan tidak dijarah di mana kerajaan cuma mengambil dividen dengan sederhana dan Petronas dibenarkan untuk mengembang bisness mereka..

Rizab wang tunai Petronas naik 4 kali ganda dari RM45.5 bilion pada akhir tahun kewangan 2008 ke RM164.7 bilion.

Rizab ekuiti terkumpul Petronas juga naik lebih 3 kali ganda dari RM114.3 bilion pada tahun 2008 ke RM390.6 bilion pada suku pertama tahun 2018.

Inilah yang dikatakan Najib rompak negara. Rizab tunai Petronas naik RM120 bilion (4 kali ganda) manakala nilai ekuiti Petronas naik RM276 bilion (lebih 3 kali ganda) dalam tempoh 9 tahun Najib merompak.

Ini jauh berbeza dengan masa PH. Tak kira ada krisis Covid ke tidak, Petronas masih dijarah PH sebanyak RM111.9 bilion.

Sebab itu, PH tak boleh diberikan peluang untuk jaga Petronas dan negara lagi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157338102295952/

Leave a Reply