Saya baca ramai komen yang minta saya desak kerajaan PN untuk buat full…

By Friday May 28th, 2021 No Comments

Saya baca ramai komen yang minta saya desak kerajaan PN untuk buat full lockdown sekarang.

Tapi saya bukan tak pernah desak. Saya dah saran dan desak sejak bulan Januari lalu semasa PKP 2.0 bermula.

Pendekatan saya dari mula-mula lagi ialah jika Rakyat perlu berkorban maka semua perlu berkorban bersama seketika untuk memberi impak maksima dalam perang lawan Covid.

Supaya penderitaan tidak berpanjangan.

Saya telah berpuluh kali ulang saranan yang sama sepanjang PKP 2.0.

Semasa PKP 3.0 bermula, saya juga juga ulang saranan tersebut sebab saya tahu mengulangi perkara yang sama berkali-kali tidak akan membawa kepada hasil yang berbeza.

Tapi kerajaaan ini tersangat pelik.

Benda yang gagal suka diulang.

Lagi gagal, lagi gemar depa ulang.

Konsep “short term pain, long term gain”, depa macam tak pernah dengar.

Nak kata depa bodoh pun tak guna sebab mereka tak nafi pula.

Jika mereka buat apa yang saya saran masa itu, tak adalah PKP 3.0 hari ini dan tak berlakunya keadaan Covid ketika ini di mana Malaysia menjadi top 10 dalam dunia, juara Covid ASEAN dan jumlah nyawa terkorban serta kes baharu berlumba-lumba pecah rekod tiap-tiap hari.

Akibatnya, masa Rakyat selama 5 bulan dibazirkan depa dan lebih 400,000 warga Malaysia termasuk 64,000 kanak-kanak dijangkit Covid dalam tempoh darurat ini.

Korang fikir angka 400,000 ini angka yang kecil ke?

Saya tak tahu mereka masih tunggu apa lagi sebab frontliners dan kapasiti hospital sudah pada tahap sangat kritikal.

Sampai sinilah saya nak ulas kali lini. Nanti kemarahan dan kekecewaan saya tak dapat dikawal.

Sudah tiba masa untuk Rakyat tuntut mereka buat full lockdown atau stepdown.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157916701680952/

Leave a Reply