Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya baca pengiraan dibuat Rafizi Ramli dan dia sendiri mengesahkan kerajaan... - Najib Razak

Saya baca pengiraan dibuat Rafizi Ramli dan dia sendiri mengesahkan kerajaan…

By Sunday December 23rd, 2018 No Comments

Saya baca pengiraan dibuat Rafizi Ramli dan dia sendiri mengesahkan kerajaan PH kini sedang mengutip cukai petrol dari Rakyat setiap hari.

Saya juga bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Wee Ka Siong:

Jika kementerian kewangan berani capatikan janji untuk memberi subsidi petrol kepada rakyat, sekurang-kurangnya mesti berani juga untuk mengaku mereka sedang mengutip cukai petrol dari rakyat bermula dari awal bulan November.

Sehingga kini, Guan Eng masih malu untuk menjawab.

Secara jujur, kerajaan BN ketika pentadbiran saya TIDAK pernah mengenakan cukai petrol.

Sebab itu, rakyat pernah menikmati harga RON95 semurah RM1.60 sehingga RM1.70 dan diesel pada harga RM1.35 dalam tempoh dua hingga tiga tahun sebelum ini walaupun ramai tidak ingat atau buat buat tak ingat.

Internet takkan lupa harga RON95 dan diesel pernah murah ketika harga minyak dunia murah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155785641640952/

Leave a Reply