Saya baca beberapa komen yang bertanya di mana silapnya kita apabila terbaca…

By Tuesday May 18th, 2021 No Comments

Saya baca beberapa komen yang bertanya di mana silapnya kita apabila terbaca amaran KP Kesihatan berhubung kemunculan varian baharu yang amat merisaukan kerana ianya merebak dengan amat laju, kebanyakan pesakit tidak menunjukkan gejala, kadar kematiannya lebih tinggi, malah ujian saringan Covid-19 juga sering mencatatkan keputusan negatif sekalipun ada pesakit sudah berada pada tahap kritikal.

Katanya, kebanyakan pesakit yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala seperti batuk atau demam tetapi hanya sakit sendi, berasa lemah badan, kelesuan dan hilang selera makan.

Sebab itu, KP Kesihatan kata gelombang Covid-19 kali ini lebih bahaya berbanding gelombang sebelumnya.

Followers saya tahu saya sudah berpuluh kali seru dari bulan Disember sampai ke April untuk kerajaan serta-merta naikkan semula tempoh kuarantin bagi pelawat asing dari 7 hari ke 14 hari.

Entah sebab apa, kerajaan PN tiba-tiba turunkan tempoh kuarantin ini dari 14 hari ke 7 hari pada bulan Disember biarpun mutasi baru Covid mula muncul dan negara-negara lain masa itu naikkan lagi tempoh kuarantin.

Pada ketika negara lain naikkan tempoh kuarantin sebab amat bimbang varian baru, Malaysia kurangkan tempoh itu separuh pula.

Seperti yang saya sudah kata beberapa kali ini adalah antara kesilapan paling besar, tidak boleh dimaafkan dan derhaka besar pada Rakyat sebab ianya adalah langkah yang sengaja membahayakan Rakyat untuk menguntungkan orang asing.

Negara langsung tak rugi apa-apa dengan menaikkan semula tempoh kuarantin bagi semua pelawat asing tapi kerajaan PN buat-buat tak nampak bahaya ini ata buat tak dengar saranan saya.

Saya pun penat masa itu.

“Beliau yang aktif menyuarakan cadangan tersebut ekoran kebimbangan terhadap varian terkini koronavirus itu berkata, kerajaan boleh memilih untuk meningkatkan semula tempoh kuarantin kepada 14 hari seperti sebelum ini bagi mengelakkan berlaku peningkatan penularan wabak Covid-19.”

“Saya rasa ini kali terakhir saya buat posting tentang isu ini.” “(Saya) sudah membuat saranan selama enam hari berturut-turut sejak Ahad lalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

“25 Dis 2020: Kuarantin: Ini mungkin posting terakhir, kata Najib”
https://mykmu.net/2020/12/25/kuarantin-ini-mungkin-posting-terakhir-kata-najib/

Empat bulan kemudian pada 29 April, kerajaan akhirnya naikkan semula tempoh kuarantin ke 14 hari setelah varian sudah masuk ke negara dan menular ke komuniti.

Negara kita sudah terdedah kepada risiko besar ini selama 4 bulan.

Namun, keputusan 29 April itu hanya melibatkan 40 buah negara.

Pelawat dari negara yang tidak dinamakan dalam senarai 40 buah negara tersebut pula masih hanya dikenakan kuarantin wajib selama tujuh hari.

Pagi ini, saya menyarankan supaya kerajaan menaikkan tempoh kuarantin menjadi 14 hari kepada semua pengembara antarabangsa, dan bukannya terhad kepada pengembara dari 40 negara seperti disenaraikan untuk kurangkan lagi risiko pada ketika Malaysia sudah berada pada tahap krisis.

Ini adalah kerana varian-varian baru sudah menular ke lebih banyak negara dan tidak lagi terbendung kepada 40 buah negara dalam senarai kerajaan.

Kita tunggu dan lihat jika kerajaan akan sambut saranan ini.

“18 May 2021: Wajibkan kuarantin 14 hari pada pengembara dari semua negara – Najib”
https://www.malaysiakini.com/news/575030



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157897284040952/

Leave a Reply