Saya baca banyak komen semalam kenapa kerajaan PN tak umumkan PKP untuk…

By Sunday May 9th, 2021 No Comments

Saya baca banyak komen semalam kenapa kerajaan PN tak umumkan PKP untuk seluruh negara secara sekaligus.

Situasinya begini.

Pada bulan Mac dan April, PM8 telah dua kali beri jaminan bahawa kerajaan tidak akan buat lagi PKP secara menyeluruh.

Dengan itu, kerajaan pun umum PKP secara satu persatu.

Mula-mula Sabah, lalu Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang, Pahang dan seterusnya.

Lalu, diumumkan larangan rentas negeri dan daerah buat seluruh Malaysia masa Raya.

Jika dibuat cara berdikit-dikit macam ini, tak nampak sangat janji kerajaan PN telah dicapatikan.

P.S. Ismail Sabri Yaakob, sudah lebih setahun kamu ditugaskan sebagai jurucakap bagi keputusan MKN. Tak penat ke?

Saya rasa ini tidak adil dan peluang perlu diberikan kepada ahli-ahli MKN yang lain seperti menteri kanan paling kanan untuk menjadi jurucakap MKN pulak.

Janganlah bolot tanggungjawab ini seorang diri.

Berilah peluang kepada depa untuk masuk kaca TV tiap-tiap hari.

Masih boleh pegang jawatan Menteri Pertahanan tapi boleh rehat sebagai jurucakap MKN.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157877451570952/

Leave a Reply