Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya baca ada komen yang suruh saya diam dalam posting tadi. Kata saya tak... - Najib Razak

Saya baca ada komen yang suruh saya diam dalam posting tadi. Kata saya tak…

By Wednesday October 28th, 2020 No Comments

Saya baca ada komen yang suruh saya diam dalam posting tadi.

Kata saya tak perlu menyibuk untuk memberi saranan sebab KKM dan kerajaan PN tahu apa mereka patut buat.

Kata saya bukan PM. Oleh itu tak payah berlagak pandai.

Walaupun saya penuh hormat pada mereka, saya tengok KKM dan kerajaan PN bukan selalu 100% betul.

Sebagai contoh: kluster Sivagangga yang melibatkan pemilik restoran yang pulang dari India langgar kuarantin rumah tercetus dan lalu mengakitbatkan gelombang ketiga di Kedah.

Sebelum kluster itu tercetus, saya telah banyak kali membuat posting (termasuk dalam perbahasan saya dalam Dewan Rakyat) untuk saran kerajaan tarik balik kebenaran kuarantin di rumah sendiri bagi mereka yang pulang dari luar negara tidak lagi dibenarkan serta menyaran penalti langgar kuarantin dinaikkan dari RM1,000.
https://www.malaysiakini.com/news/534956
.
Jika saranan itu disambut lebih awal, kluster Sivagangga dan kesusahan yang dialami warga Kedah sejak bulan Ogos tidak berlaku.

Saya juga tidak bersetuju dengan arahan KKM untuk kuarantin di rumah untuk 3 hari sahaja untuk mereka yang pulang dari Sabah.

Dan kesilapan ini telah menyebabkan tercetusnya kluster-kluster baru dari Sabah di Semenanjung Malaysia.

Masa itu juga, saya membantah Shafie bubarkan DUN Sabah untuk mengadakan PRN Sabah.

Tapi KKM juga yang pernah kata:
“Covid-19: Tak perlu tangguh PRN, keadaan Sabah terkawal – KKM”
https://www.malaysiakini.com/news/543635

Dan dari bulan April lagi, saya dah beri amaran bahawa risiko terbesar Covid menular semula di negara adalah melalui pencerobohan sempadan oleh PATI dari negara-negara jiran selepas saya memerhati situasi Covid di sana tidak terkawal and berjangka ramai akan lari ke sini.

Dan inilah yang mencetuskan gelombang ketiga di Sabah pada bulan .

Sebelum ini juga, banyak lagi saranan saya digunapakai oleh kerajaan.

Walaupun KKM amat profesional tapi mereka dan MKN bukan 100% kebal kesilapan.

Tak apalah. Suka tak suka, saya akan terus bersuara sebab saya sayangkan negara saya dan saya sebagai ahli parlimen ada tanggung jawab untuk bersuara jika saya lihat ada yang tak kena.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157451373540952/

Leave a Reply