Saya amat simpati, sedih dan marah dengan apa yang berlaku di Palestin,…

By Wednesday May 12th, 2021 No Comments

Saya amat simpati, sedih dan marah dengan apa yang berlaku di Palestin, ekoran kekejaman, kezaliman dan keganasan yang dilakukan tentera rejim Zionis.

Serangan yang dilakukan tentera Zionis di Masjid Al-Aqsa terhadap jemaah Palestin adalah satu keganasan.

Keganasan terhadap penduduk Palestin ini perlu dihentikan. Pembunuhan rakyat Palestin tidak berdosa ini perlu dihentikan. Kanak-kanak turut menjadi mangsa.

Hentikan merampas tanah milik Palestin dan mengusir penduduk Palestin dari rumah mereka sendiri. Ini satu kezaliman yang seperti tiada kesudahannya.

Saya lihat media barat dengan mudah melabelkan rakyat Palestin yang memperjuangkan hak mereka sebagai pengganas walhal selama ini, penindasan dilakukan tanpa henti oleh rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. Siapakah pengganas sebenar, merampas, mengusir dan membunuh rakyat Palestin?

Saya gesa semua negara termasuk negara yang baru-baru ini menjalin hubungan diplomatik dengan Israel untuk beri tekanan paling keras terhadap rejim itu bagi menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Seluruh dunia perlu faham bahawa keganasan tidak berperikemanusiaan yang berlaku ketika umat Islam menjalani ibadah puasa dalam bulan mulia ini dan pada masa semua negara-negara masih bergelut dengan pandemik global adalah sukar diterima, sukar difahami, sukar dilupakan dan amat sukar untuk dimaafkan oleh semua umat Islam sampai bila-bila.

Saya mohon semua doakan keselamatan saudara kita di Palestin dan moga Allah SWT turunkan bala terhadap semua pelaku keganasan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157884624510952/

Leave a Reply