Saya amat sedih membaca mengenai pelajar tingkatan 5 yang membunuh diri…

By Friday November 27th, 2015 No Comments

Saya amat sedih membaca mengenai pelajar tingkatan 5 yang membunuh diri akibat kecewa tidak dapat menjawab soalan SPM.

Saya ucap takziah kepada ibu pelajar tersebut atas kehilangan anak tersayang.

Sebagai seorang bapa, saya berkongsi perasaan sedih keluarga mangsa. Meskipun penting, peperiksaan bukan segala-galanya. Perkara yang paling utama adalah ikatan kekeluargaan.

Saya harap Kementerian Pendidikan dan yang berkaitan memandang berat isu ini. Bantuan dari sudut bimbingan dan kaunseling perlu diperbanyakkan bagi menghindari kejadian sebegini daripada berlaku lagi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153169842520952/

Leave a Reply