Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya amat sedih dan marah setelah membaca laporan ini. Ini hasil kajian... - Najib Razak

Saya amat sedih dan marah setelah membaca laporan ini. Ini hasil kajian…

By Monday February 8th, 2021 No Comments

Saya amat sedih dan marah setelah membaca laporan ini.

Ini hasil kajian Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) terbaru untuk Malaysia melibatkan tinjauan ke atas 500 ketua isi rumah (KIR).

– 63% daripada mereka tidak mampu lagi menampung perbelanjaan harian termasuk membeli barangan dapur dan membayar bil. Kadar kemiskinan dalam kalangan keluarga pada 42%.

– pengangguran meningkat dua kali ganda sejak tahun lepas ketika PKPB) dijalankan sejak bulan Okt 2020. Jumlah pengangguran naik dari pada Sept 2020 kepada 15% pada Dis 2020 dengan satu daripada tiga orang dewasa isi rumah tidak mempunyai pekerjaan.

– peluang pekerjaan kurang dan simpanan kecemasan yang hampir tiada.

Seperti yang saya kata, kesan PKPB berpanjangan adalah lebih parah berbanding PKP amat ketat yang singkat tapi berjaya mengawal Covid agar tidak perlu dilanjutkan berkali-kali.

Pada pendapat saya, bagi kebanyakan sektor dan rakyat Malaysia, PKP 2.0 ini lagi susah berbanding PKP pertama sebab simpanan dan rizab mereka sudah habis diguna tahun lalu, bantuan kerajaan juga banyak berkurang dan kita seperti tidak lagi nampak jalan keluar dari kesempitan apabila kes Covid tetap tinggi sepanjang PKP.

Sebab itu, saya berkali-kali suruh kerajaan buat PKP dengan betul dan amat ketat dengan bantuan kerajaan yang sewajarnya supaya kesannya singkat dan tidak perlu dilanjutkan berkali-kali.

Jangan dibuat PKP separuh masak dengan penuh kelonggaran.

Tapi tidak didengar kerajaan.

Apa manfaat yang Rakyat dapat daripada tempoh 27 hari PKP 2.0 separuh masak setakat ini?

Kes Covid masih kekal tinggi dengan 3,731 kes baru semalam. Kes aktif Covid pula cecah rekod lagi semalam dengan 51,241 pesakit.

Dibuat pula benda pelik seperti wujudkan laluan hijau dengan negara Indonesia di mana keadaan Covid tidak kurangnya genting berbanding Malaysia.

Saya harap spekulasi semakin ramai Rakyat bahawa kerajaan sengaja leka untuk PKP 2.0 ini agar kes Covid tetap tinggi supaya PKP+darurat boleh dipanjangkan adalah tidak benar.

Sebab ini adalah derhaka paling dasyhat sekali pada Rakyat kerana kesihatan dan kesejahteraan Rakyat jangka masa panjang sengaja dikorbankan.

Jika laporan UNICEF ini benar maka kerajaan sudah gagal menjaga Rakyat.

Harap kerajaan PN akan sangkal laporan tersebut.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/08/makin-ramai-berdepan-kemiskinan-pengangguran-meningkat-2-kali-ganda-kata-unicef/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157687073555952/

Leave a Reply