Saya amat bimbang dan simpati dengan cabaran yang didepani semua golongan…

By Wednesday April 22nd, 2020 No Comments

Saya amat bimbang dan simpati dengan cabaran yang didepani semua golongan yang hilang pendapatan dalam tempoh hampir satu setengah bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.

Satu setengah bulan tanpa sebarang pendapatan bukan satu tempoh yang singkat.

Tetapi negara memang tak ada pilihan kerana kita perlu melawan pandemik Covid-19 agar ianya tidak meragut lebih ramai nyawa.

Pakej bantuan Prihatin kerajaan yang dirangka dengan andaian tempoh PKP antara 2 hingga 4 minggu sudah tentu tidak cukup untuk membiayai kelangsungan hidup sebilangan besar rakyat.

Saya percaya ramai yang sudah kehabisan wang pada masa ini. Wang yang diperolehi tempohari bukanlah untuk bersenang-senang tetapi buat membeli makanan untuk disuap pada mulut ahli keluarga. Kita faham hakikat ini.

Saya tak dapat bayangkan kebimbangan yang dihadapi oleh golongan ini.

Nasib mereka sentiasa dalam fikiran saya tiap-tiap hari sejak dua minggu yang lepas.

Apatah lagi jika PKP dilanjutkan lagi?

Jadi, kerajaan perlu menambah bantuan kepada Rakyat jika tempoh PKP perlu dilanjutkan untuk kali ketiga.

Kerajaan perlu peka dengan derita yang sedang dihadapi oleh golongan yang paling terjejas dan umumkan langkah terbaik untuk rakyat serta permudahkan proses dan mengurangkan birokrasi.

Kita jangan kedekut dengan Rakyat pada saat mereka amat memerlukan bantuan dan perhatian dari kerajaan.

Golongan seperti B40 dan M40 perlu dibantu dengan pakej lanjutan. Bukan kerana mereka malas atau tidak produktif tetapi hakikat pandemik yang tidak mengizinkan mereka keluar mencari rezeki demi kelangsungan hidup keluarga.

Ianya bukan salah Rakyat. Rakyat akan faham jika kerajaan perlu melanjutkan PKP sekali lagi.

Tapi ianya akan jadi salah kerajaan jika PKP dilanjutkan buat kali ketiga tanpa bantuan ditambah atau lambat disalurkan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156958669580952/

Leave a Reply