Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya akan komen kemudian ' - Najib Razak
News_archive

Saya akan komen kemudian '

By Saturday October 11th, 2008 No Comments

ALOR STAR 10 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mahu melihat terlebih dahulu perkembangan semasa bagi pencalonan jawatan Timbalan Presiden UMNO sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Soal jawatan Timbalan Presiden UMNO, saya akan komen kemudian kerana nak tengok berapa orang (calon menawarkan diri bertanding),” kata beliau.

Bagaimanapun kata Najib, ia tidak menimbulkan sebarang masalah walaupun terdapat ramai calon yang menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan berlandaskan proses demokrasi.

“Lagi pun ini merupakan peringkat tawarkan diri, terpulang kepada bahagian UMNO untuk tentukan dalam sistem kuota yang mana calon bagi jawatan tertinggi perlu penuhi kuota tersebut.

“Menerusi sistem kuota, nanti kita lihat siapa yang lepas (layak bertanding) atau pun tidak,” kata beliau pada sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Pemimpin-pemimpin UMNO Negeri Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti berkenaan pada Mac tahun depan.

Sewaktu membuat pengumuman tersebut, Muhyiddin berkata, keputusan itu mengambil kira bahawa UMNO yang bakal diterajui oleh Najib sebagai Presiden yang baru, memerlukan barisan kepimpinan yang teguh, bersatu serta sentiasa menyokong dan membantu beliau terutama di dalam usaha mengatasi cabaran semasa.

Ditanya tentang hasrat Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Arau, Ismail Hashim untuk bertanding jawatan Presiden UMNO, Najib memberitahu, beliau berharap ahli-ahli UMNO jangan terlalu ghairah.

“Ada pencalonan kah? Kita tidak tahu apa tujuannya (bertanding), cuma dalam sistem kuota calon yang serius sahaja yang akan layak bertanding nanti,” tambah beliau.

Mengenai sistem kuota, Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ia masih dipakai setakat ini dan apa-apa perubahan akan ditentukan oleh parti.

Source : Utusan Malaysia

Leave a Reply