Saya ada tetamu hari ni. Duta Besar Indonesia di Malaysia datang ke…

By Thursday July 9th, 2020 No Comments

Saya ada tetamu hari ni.

Duta Besar Indonesia di Malaysia datang ke pejabat.

Bapak Rusdi Kirana mula berkhidmat di Malaysia pada tahun 2017.

Kerap berhubung ketika saya PM dahulu.

Hari ini hari terakhir di mana Bapak Rusdi akan menamatkan perkhidmatan di negara ini.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Bapak di tugasan seterusnya.

Kita serumpun!

Fikir-fikir balik.

Ketika saya PM, saya menitikberatkan hubungan diplomasi.

Kerana dengan hubungan antarabangsa yang baik, eksport kita meningkat dan pelbagai pelaburan boleh kita usahakan.

Sama ada pelaburan asing di Malaysia atau pelaburan syarikat kita di luar negara.

Yang untung siapa? Kita bersama.

Bandingkan dengan masa seorang tu yang asyik campur tangan isu negara lain dan menyebabkan hubungan tidak baik.

Tidak mengapalah. Sudah berlalu pergi.

Jangan bagi berulang.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157193918185952/

Leave a Reply