Satu perkara yang tidak menyenangkan hati Rakyat semasa zaman Gagalkrasi PH…

By Wednesday January 6th, 2021 No Comments

Satu perkara yang tidak menyenangkan hati Rakyat semasa zaman Gagalkrasi PH ialah penjualan aset negara secara lambak.

– Lebih RM40 bilion aset Khazanah dijual dalam masa 22 bulan PH.

– Syarikat rangkaian hospital terbesar negara (dan kedua terbesar dunia) IHH Healthcare Berhad dijual kepada syarikat Jepun.

– PETRONAS menjual lebih RM6 bilion dalam kepentingan saham MISC Bhd, Petronas Dagangan Bhd dan Petronas Gas Bhd

– Aset-aset milik Tabung Haji termasuk rancangan menjual 76% daripada jumlah keluasan ladang milik TH Plantations dijual.

Malangnya, usaha ini diteruskan selepas kerajaan PH bertukar menjadi kerajaan PN.

1. Lebih RM8 bilion aset Khazanah telah dijual dalam tempoh 7 bulan sejak Mac 2020.

“1 Jan 2021: Khazanah disposes RM8b worth of shares, assets in 7 months”
https://www.malaysiakini.com/news/557228

2. PETRONAS telah menjual lebih RM2.8 bilion dalam kepentingan saham MISC Bhd dan KLCC.

“11 Dec 2020: PETRONAS kurangkan pegangan dalam MISC, KLCC”
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/12/763928/petronas-kurangkan-pegangan-dalam-misc-klcc-sg

3. Syarikat kimia terbesar milik GLC kerajaan CCM Berhad yang telah dipegang sejak 20 tahun lalu dijual sepenuhnya kepada syarikat non-bumi Batu Kawan.

“18 Nov 2020: PNB lupus pegangan dalam CCM”
https://www.utusan.com.my/ekonomi/2020/11/pnb-lupus-pegangan-dalam-ccm/

4. Syarikat hartanah terbesar kerajaan UEM-Sunrise sedang digabung dengan syarikat Eco World di mana pengurusan syarikat yang digabungkan akan diambil oleh Eco World dan bakal menjadi syarikat majoriti milik pemegang saham Eco World.

“9 Okt 2020: UEM Sunrise chief quits days after Eco World merger proposal”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/10/09/uem-sunrise-chief-quits-days-after-eco-world-merger-proposal/

5. Khazanah menukar syarat pemilikan asing dan syarikat pemilikan bumiputera bagi syarikat semikonduktor terbesar milik negara Silterra untuk memudahkan penjualan kepada syarikat asing.

“10 Nov 2020: Has Khazanah applied to amend SilTerra’s local shareholding requirement?”
https://www.theedgemarkets.com/article/has-khazanah-applied-amend-silterras-local-shareholding-requirement

6. TH Plantations umum rancangan penjualan ladang-ladang milik mereka akan diteruskan.

“26 Nov 2020: TH Plantations mulakan penjualan aset”
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/11/758844/th-plantations-mulakan-penjualan-aset

Saya tidak faham kenapa kerajaan perlu jual aset yang masih mencatatkan keuntungan pada masa nilai aset rendah dan ekonomi masih belum memulih.

Kerajaan perlu fokus kepada aset memikat lebih banyak pelaburan asing baru untuk merancakkan ekonomi dan menambah hasil kerajaan – bukan menjual aset sedia ada kepada orang asing.

Kekayaan dan aset Rakyat dikumpul masa BN perlu dipeliharakan dan ditambah.

Kenapa kerajaan PN hendak teruskan agenda penjualan aset negara Gagalkrasi PH?

Dan jika nak jual pun, jual selepas nilai aset dan ekonomi memulih.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157602831125952/

Leave a Reply