Satu dua hari ini, saya telah memberi banyak bukti bahawa PH sedang aktif…

By Wednesday February 27th, 2019 No Comments

Satu dua hari ini, saya telah memberi banyak bukti bahawa PH sedang aktif menjual aset-aset negara.

Oleh itu, ada juga mereka yang tanya saya mengenai tanah lapangan terbang Sg Besi.

Sebenarnya, saya sudah menjelaskan panjang lebar pada bulan-bulan yang lepas. Siap saya lukis juga.

Tak apalah, saya post kembali.
—–
Sebenarnya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpendirian bahawa Pangkalan Udara (PU) Sungai Besi yang keluasan tanahnya 486 ekar tidak lagi sesuai dari aspek operasi dan keselamatan.

Ini penjelasan dari Panglima TUDM: https://bit.ly/2UtX3cA

Berbanding 60 tahun dahulu, lokasi di tengah bandaraya dan dikelilingi kepesatan pembangunan dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk bermakna Pangkalan Udara di Sungai Besi ini amat terdedah dengan ancaman luar dan usaha risikan.

Sebab itu juga, mengapa kebanyakan lapangan terbang antarabangsa di dunia dipindahkan dari tengah bandaraya kepada kawasan pinggir bandar.

Selain itu, kebanyakan bangunan dan fasiliti di PU Sungai Besi ini sudah berusia 60 tahun ke atas serta dalam keadaan usang.

Oleh itu, satu perjanjian telah dibuat dengan 1MDB.

Apa yang ATM perolehi dengan penyerahan tanah 486 ekar Sg Besi?

1) ATM dapat Pangkalan Udara di Sendayan di atas tanah 750 ekar yang jauh lebih besar.

Dengan keluasan tiga kali ganda daripada saiz fasiliti dibina sedia ada di PU Kuala Lumpur, PU Sendayan telah dilengkapi dengan fasiliti moden, sejajar dengan pelan modenisasi nasional TUDM.

Ada yang bertanya mengapa Pangkalan Udara (PU) Sendayan yang satu kali lebih besar dari PU Sungai Besi tidak ada landasan penerbangan.

Ini di atas keperluan perancangan pihak TUDM sendiri kerana mereka percaya pangkalan-pangkalan lain di negara termasuk pembinaan dan kenaikkan taraf di PU yang lain oleh 1MDB seperti di Subang sudah memenuhi keperluan TUDM pada masa ini.

Kalau TUDM memerlukan landasan di PU Sendayan, kerajaan pada masa itu tentu akan membina juga.

PU Sendayan sudah bermula operasi pada 16 Mac tahun ini: https://bit.ly/2B3oSzz

Kos pembelian tanah, kos pemindahan dan kos pembinaan dibiayai oleh 1MDB.

Apa lagi yang ATM dan pihak polis dapat?

2) PDRM dapat Pangkalan Udara (PGU) PDRM Subang yang luasnya 40 ekar dengan 17 buah bangunan dan fasiliti baru yang lebih besar berbanding fasiliti lama. PGU ini juga membolehkan operasi PGU berjalan 24 jam tanpa henti yang tidak dapat dijalankan sebelum ini.

PGU Subang ini telah bermula operasi pada 28 Februari 2018. https://bit.ly/2RMNy6j

Kos pembelian tanah, kos pemindahan dan kos pembinaan juga dibiayai oleh 1MDB.

Apa lagi yang ATM perolehi?

3) ATM juga dapat menaiktaraf dan membina 6 lagi aset dan pangkalan mereka.

Ini termasuk PU Gong Kedak (Terengganu), PU Butterworth dan PU PDRM di Ipoh yang telah siap tahun lepas.

Manakala pembinaan dan kerja naik taraf masih dijalankan di PU Kuantan, PU Subang dan Rejimen Artileri Diraja (31 RAD) di Kajang.

Kos ini juga ditanggung oleh 1MDB.

Ada apa lagi yang ATM dapat?

4) Kesemua projek-projek yang bernilai RM2.7 bilion ini dianugerahkan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) – bukan kepada kroni.

Dengan ini, keselamatan aset-aset ini boleh dipastikan dan LTAT boleh menjana untung untuk wang pesara ATM.

Saya amat hairan mengapa saya sering dituduh menjual PU Sg Besi. Mengapa tidak pula mereka katakan saya kejam atau zalim kerana membina PU Sendayan yang jauh lebih besar dan canggih, PGU Subang untuk RMP yang lebih besar dan moden serta menaikkan taraf 6 lagi pangkalan ATM?

Walaupun 1MDB mengambil alih tanah ini dari pihak TUDM sama seperti tanah TRX, harga jualan RM400 juta juga tidak memberi gambaran yang penuh.

Antara syaratnya ialah 1MDB tidak boleh memulakan sebarang pembinaan di atas tanah tersebut dan terpaksa menanggung kos pinjaman untuk beberapa tahun sehingga kesemua 8 pangkalan ATM telah siap dibina dan memulakan operasi.

Setelah kesemua pembinaan dan pemindahan selesai, 1MDB boleh mula memaju dan membangunkan projek Bandar Malaysia yang mempunyak nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM200 bilion – jauh lebih tinggi dari hutang 1MDB kini.

Ini yang propaganda PH telah sembunyikan mengenai 1MDB sehingga kini seperti TRX bernilai RM40 bilion yang saya telah jelaskan di sini: https://bit.ly/2G7qoGq

Begitu juga dengan peranan 1MDB dalam penyelesaian perjanjian legasi Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) berat sebelah yang akan dan telah membolehkan Petronas dan Tenaga untung sebanyak RM400 bilion dalam tempoh 20 tahun ini seperti saya jelaskan di sini: https://bit.ly/2Pq97aY

Oleh kerana ramai tidak suka baca dan sering panggil saya lukis, maka saya juga lukis kesimpulan untuk isu PU Sungai Besi ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155919701705952/

Leave a Reply