Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Sarawak Sedia Lupus Label 'Titik Hitam Komunikasi - Najib - Najib Razak
News_archive

Sarawak Sedia Lupus Label ‘Titik Hitam Komunikasi – Najib

By Saturday April 28th, 2012 No Comments

KUCHING, 28 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Sarawak berazam melupuskan reputasi sebagai ‘titik hitam komunikasi’ dengan kadar penembusan jalur lebar dijangka meningkat lebih 50 peratus menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata atas usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menubuhkan 600 sambungan Wifi di perkampungan luar bandar maka ia akan memacau usaha negara mencapai kadar penembusan 75 peratus di seluruh negara menjelang 2015.

Ketika itu lebih lima juta isi rumah menikmati kemudahan sambungan atas talian.

Najib berkata kerajaan persekutuan dan negeri mempertingkatkan usaha membangunkan infrastruktur komunikasi khususnya di kawasan pedalaman di Sarawak.

“Sudahpun 34 Pusat Jalur Lebar Komuniti dengan jalur lebar berkelajuan tinggi telah diwujudkan di 27 kawasan Parlimen di seluruh negeri ini,” katanya ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial Sarawak bertema ‘Berhubung dan Libatkan’ di sini.

Dalam segi akses internet, Najib, berkata cabaran kerajaan adalah untuk membawa kemudahan internet ke kawasan luar bandar di Sarawak sama seperti usaha gigih menyediakan keperluan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik dan air bersih.

Bagaimanapun, Najib berkata, kadar penyambungan dijangka bertambah baik secara mendadak dengan liputan di bawah program bekalan air dan elektrik dijangka masing-masing mencecah 90 dan 95 peratus menjelang 2013.

Katanya kawasan-kawasan ini sebelum ini bergantung kepada generator kini berubah dengan penerimaan bekalan elektrik biasa dan komuniti yang sebelum in dianggap sukar dihubungi kini dibolehkan dalam lebuhraya maklumat.

Beliau yakin bukan hanya kawasan bandar di Sarawak tetapi lebih ramai penduduk luar bandar di negeri itu akan menikmati kemudahan penyambungan internet dalam masa terdekat.

“Saya bertekad melakukan semua yang mungkin bagi membawa pembangunan digital ke kawasan kurang pembangunan di negara ini serta merapatkan jurang digital,” katanya.

Menurutnya tidak mengambil masa yang lama sebelum melihat penduduk kampung dan rumah panjang menghantar pesanan dan gambar ke laman media sosial, sambil memperjelaskan bahawa sudah ada lebih 12 juta pemegang akaun Facebook di Malaysia pada masa ini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply