Sarawak Report kata jika perjanjian penyelesaian antara IPIC dendan 1MDB…

By Wednesday April 29th, 2020 No Comments

Sarawak Report kata jika perjanjian penyelesaian antara IPIC dendan 1MDB dibatalkan dan kes ini didengar di Mahkamah London maka kerajaan Abu Dhabi akan didapati bersalah menipu (fraud) 1MDB dan akan dikehendaki membayar ganti rugi berbilion-bilion kepada 1MDB.

Eh? Bukan Najib yang rompak wang berbilion-bilion?

Kenapa pulak kerajaan Abu Dhabi yang didapati bersalah perlu bayar ganti rugi wang berbilion-bilion?

Seperti saya telah jelaskan banyak kali, segala wang yang didakwa hilang telah dibayar kepada atau dijamin oleh IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi.

Sebab itu, kerajaan BN dahulu membuat perjanjian penyelesaian dengan IPIC dan memberi tempoh sehingga 31 Disember 2020 untuk membayar balik.

Tetapi kerajaan PH dahulu mahu batalkan perjanjian ini.

Untuk mendapat balik wang 1MDB dari kerajaan Abu Dhabi, ada dua cara:

1) Saman IPIC di dalam mahkamah terbuka untuk tuntut ganti rugi (cara kerajaan PH).

Tetapi cara ini akan memalukan mereka dan merosakkan hubungan diplomasi antara dua negara.

Sebab itu, kerajaan Abu Dhabi lebih rela melabur RM93.5 bilion di negara jiran manakala negara kita tak dapat satu sen pun.

“13 Januari 2020: Indonesia, UAE meterai 11 janji niaga RM93.5 bilion”
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/01/646300/indonesia-uae-meterai-11-janji-niaga-rm935-bilion

(Cara kerajaan PH ini pula boleh memastikan bahawa naratif wang 1MDB sudah dirompak dan bukan telah dijanji akan dibayar balik oleh Abu Dhabi.

Dan kerana wang kini didakwa sudah dirompak maka Najib boleh didakwa dalam mahkamah. Jika wang tak dirompak dan sedang tunggu masa untuk dibayar balik maka Najib tak rompak apa-apa)

2) Menyelesaikan secara aman dengan perjanjian penyelesaian seperti perjanjian tahun 2017 dan mereka diberi tempoh untuk membayar balik (kerajaan BN)

Cara ini dapat memlihara maruah kerajaan Abu Dhabi dan mengekalkan hubungan diplomasi dengan negara Islam itu.

Kedua-dua cara mampu mendapat semula wang yang didakwa hilang dari 1MDB.

Cara mana yang lebih baik?

NOTA: artikel Sarawak Report semalam kata pihak yang paling lega jika perjanjian penyelesaian tahun 2017 dikekalkan dan tidak dibatalkan adalah kerajaan Abu Dhabi yang boleh menutupkan kesalahan pihak-pihak atasan mereka yang telah menipu (fraud) dan menggunakan wang 1MDB dan juga boleh mengelakkan mereka membayar berbilion-bilion kepada Malaysia.

Tapi SR kata kerajaan Abu Dhabi akan mengenakan caj yang amat besar ke atas Malaysia supaya Abu Dhabi akan paling lega.

Abu Dhabi yang paling lega tapi Malaysia pula yang kena bayar supaya Abu Dhabi paling lega?

Mana logiknya?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156984816950952/

Leave a Reply