News_archive

Saranan Najib Disokong Bagi Bantu BN Menang Cemerlang

By Monday February 27th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya anggota Barisan Nasional (BN) akur dengan keputusan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon mendapat sokongan pemimpin dan anggota BN bagi memastikan gagasan itu mencapai kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden Gerakan Senator Datuk A Kohillan Pillay berkata perbuatan mensabotaj BN tidak harus berlaku jika seseorang itu tidak dipilih sebagai calon, sebaliknya mereka harus membantu BN untuk menang dengan cemerlang pada pilihan raya nanti.

“Saya rasa semua anggota parti perlu berbuat demikian kerana kemenangan BN lebih penting daripada kemenangan individu.

“Itu juga menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan kerusi yang ditandingi oleh calon Gerakan menang pada pilihan raya nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Beliau mengulas amanat Najib, yang juga Pengerusi BN, semasa membuat lawatan sehari ke Selangor semalam, yang meminta anggota BN akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti.

Sumber : Bernama

Leave a Reply