Sangatlah sedih dan sayu membaca pengesahan ini dari doktor-doktor di…

By Friday July 2nd, 2021 No Comments

Sangatlah sedih dan sayu membaca pengesahan ini dari doktor-doktor di hospital.

Ini tidak sepatutnya berlaku di Malaysia.

Rakyat kita tidak patut diberi layanan seperti ini pada ketika mereka paling perlu menerima rawatan.

Saya masih ingat KKM melaporkan kapasiti ICU sudah melebihi kapasiti pada 25 Mei lalu sebelum PM8 umum “Total Lockdown” (yang tak total) pada 28 Mei.

Kenapa kerajaan hari ini sering tunggu sehingga terlambat untuk bertindak?

Tunggu kapasiti ICU terlebih kapasiti, baru buat “Total” Lockdown.

Naikkan semula tempoh kuarantin bagi pelawat asing ke 14 hari untuk kurangkan varian baharu yang sangat bahaya menular masuk, hampir lima bulan lambat.

Tunggu 6 bulan sehingga bulan terakhir Darurat baru terfikir untuk tutup kilang.

Tunggu Rakyat kehabisan duit 2 bulan baru umum bantuan yang wajar.

Tunggu YDP Agong bertitah 3 kali baru nak mula akur untuk membenarkan parlimen bersidang.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/02/cpr-atas-lantai-wad-penuh-doktor-hkl-beri-amaran-tentang-krisis-covid-19/

Jabatan Kecemasan HKL tidak cukup katil dan kanvas untuk menampung kemasukan pesakit, kata seorang doktor melalui catatan di Instagram.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157986374955952/

Leave a Reply