Sampai hari ini saya masih tak faham ini. Ada siapa dari JKOM dan kerajaan…

By Monday July 5th, 2021 No Comments

Sampai hari ini saya masih tak faham ini. Ada siapa dari JKOM dan kerajaan PN boleh bantu jelaskan?

Pada 23 Oktober 2020, Kabinet bersetuju isytihar Darurat sebab keadaan Covid sudah menjadi sangat kritikal dengan 710 kes baharu dilaporkan hari itu.

Cuma sebulan selepas Darurat ditolak oleh persidangan khas YDP Agong dan Raja-Raja Pemerintah, kerajaan PN umum tiada lagi larangan untuk rentas daerah dan negeri supaya Rakyat boleh melancong sesuka hati bermula 7 Disember sebab Covid sudah terkawal dengan hanya 1,600 kes baharu hari itu.

Adakah 710 kes baharu jauh lebih kritikal berbanding 1,600 kes?

Adakah ini usaha mengawal Covid atau membiak Covid?

(Darurat sekali lagi dipohon kerajaan PN sebulan kemudian pada 11 Janurari 2021 apabila kes baharu naik ke 2,232. Kali ini mendapat perkenaan YDP Agong. Lalu digunakan kuasa penuh Darurat untuk melaksanakan PKP 2.0 separuh masak.)



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157991045335952/

Leave a Reply