News_archive

Sambutan Rasmi Untuk Perdana Menteri Qatar Di Dataran Perdana

By Monday December 5th, 2011 No Comments

PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Jassim bin Jabr Thani yang kini melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia pada Isnin diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini.

Ketibaan Sheikh Hamad di Dataran Perdana pada pukul 12.05 tengah hari disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri kabinet yang lain.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi diikuti dengan Sheikh Hamad memeriksa perbarisan kehormat yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota rejimen itu yang diketuai Mejar Muhammad Abdullah.

Ini merupakan lawatan pertama Sheikh Hamad ke Malaysia sebagai Perdana Menteri Qatar.

Beliau kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan Najib dan kemudian menghadiri mesyuarat bersama delegasi kedua-dua negara.

Sumber : Bernama

Leave a Reply