News_archive

Sambutan Program K1M Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti

By Friday January 6th, 2012 No Comments

RAWANG, 6 Jan (Bernama) — Sambutan hari pertama program Komuniti 1Malaysia (K1M) meriah apabila masyarakat setempat pelbagai kaum berkunjung ke tapak program di Padang Jalan Kantan, Hulu Selangor di sini Jumaat.

Program K1M, yang melibatkan pelbagai aktiviti masyarakat sosial dan persembahan menarik, dianjurkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Jabatan Penerangan sehingga Ahad ini.

Seramai 25,000 orang dijangka menghadiri pelancaran K1M, sebuah program yang dirangka kerajaan untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat dengan penglibatan langsung pelbagai kaum.

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Selangor Khairul Anuar Saimun berkata lebih 300 orang terdiri daripada penduduk setempat dan pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Bukit Beruntung, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2, dan SMK Bukit Sentosa bersama-sama menyertai aktiviti Senam Seni yang diadakan pagi ini.

Terdapat 169 gerai agensi kerajaan dan swasta dan ahli K1M mempamerkan pelbagai informasi dan produk menarik untuk pengunjung program.

Majlis Pelancaran K1M akan diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang ini dan beliau dijadual melancarkan buku nukilan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bertajuk ‘1Malaysia Cabinet – Reflecting on Cabinet Governing’.

Sumber : Bernama

Leave a Reply